Sunday 2 March 2014

Medan,Indonesia

Medan,Indonesia

Perjalanan ke Kota Medan,Indonesia 16 Jan - 20 Jan 2014 sungguh mengujakan.Banyak tempat yang menarik boleh dilawati di Medan.Medan adalah bandaraya ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya.Keluasan Kota Medan sendiri adalah lebih besar berbanding Kuala Lumpur.Medan terletak di Sumatera Utara di dalam Kepulauan Sumatera iaitu pulau yang ke-6 terbesar di dunia.

Aktiviti hari pertama di Medan ialah round-round sekitar kotanya lah.Sebelum pengsan kepenatan baik singgah makan dulu.Kita makan kat Restoran Tip Top,antara restoran yang popular di Kota Medan.Makanan Indo ni tak banyak beza pun dengan Malaysia,jadi boleh masuk perut dan kenyang.Selepas makan bermula lah aktiviti membeli-belah.Kita pergi membeli-belah di Pajak Ikan,tempat membeli-belah yang street macam pasar-pasar malam kat Malaysia tapi beza harga lah,ada yang agak murah dan ada yang macam biasa je,tapi kalu pandai menawar tu dapat lah murah.So,kat pajak Ikan ni beli lah telekung solat buat ole-ole untuk emak dan kakak.

Hari kedua,pagi-pagi dah bangun nak pergi membeli-belah di pajak lain pulak.Sekarang ni kita pergi Pajak Bunga pulak.Beli lah baju t-shirt sehelai dua yang agak murah jugak.
Pergi naik beca!Beca adalah pengangkutan yang penting dan mendapat tempat lagi di hati masyarakat.Kalau kat Malaysia nak naik bas pun dah malas.

Habis pusing-pusing membeli apa yang patut,tengah harinya bertolak ke Kota Medan lagi,berjalan-jalan lagi.Sekarang kita pergi ke kawasan USU iaitu di Padang Bulan untuk menjemput cousin of my friend nak bawa berjalan sama-sama.Sebelum tu singgah makan di restoran masakan padang.Makan lah puas-puas sebab makan free,orang belanja,hehe.Lepas makan kita round-round je kat bandar,almaklumlah jem sangat tak leh lah pegi banyak tempat,tapi sempat pergi melawat Istana Maimun.
Di hadapan Istana Maimun sedang mendukung budak comel namanya Daf.
Istana Maimun adalah peninggalan kerabat raja Indonesia iaitu Kesultanan Deli ketika masa raja masih memegang tampuk kuasa untuk memerintah.Istana ini disiapkan pada tahun 1888,Sultan Deli yang sekarang dan waris kerabatnya masih tinggal di sini.Daf juga ialah keturunan Kesultanan Deli tapi tak tinggal kat sinilah.Lagenda yang popular di Medan ialah Meriam Puntung.
Lagenda Meriam Puntung
Dan ini adalah meriam puntung nya.Tak berapa faham gak lagendanya ni,google je lah kalu nak tahu.

The best part of this vacation is Lake Toba.Kami pergi ke sana pada hari ketiga.WOW,best sangat.Perjalanan petang yang bermula pukul 3 petang mengambil masa selam dekat 4 jam untuk ke Danau Toba.Sebenarnya tak lama kalau jalan ok,sebab jalan kat sana tahu je lah kan.Jalan nak naik ke Danau Toba tu jangan cakap lah berbukitnya,seram gila,ada kes van jatuh gaung kot kat sini,ngeri.Tapi dekat nak sampai je kat atas tu dah rase nyaman,dingin,indah sungguh alam ciptaan Tuhan.Settle cari chalet kami terus masuk check in.Rehat,penat bergelak dan tido dalam kereta.Malam cari kedai makan.
Inna Parapat Hotel,Resort and Meeting,memang rapat lah,hehe
Sidang Pertama General Border Comittee Msia&Indo
Daff yang macho!

Pemandangan danau dari chalet.
Esoknya bermula penjelajahan di Danau Toba.Danau Toba adalah tasik yang terhasil daripada letusan gunung berapi yang terjadi lebih kurang 77,000 tahun yang lalu,letusan yang dikatakan paling besar sejak 25 juta tahun yang lalu telah membentuk tasik volkanik yang terbesar di dunia.Bayangkan letusan itu!Kami mandi di danau,airnya seram sejuk.Seram sebab kedalaman danau yang teramat dan tak tahu lah binatang apa kat dalam yang hidup kat bawah sana,nasib baik tak timbul masa mandi,and seram sebab risau takut-takut ada lagi gunung berapi kat dasar danau yang sebenarnya tunggu masa nak meletus je,kuasa Allah tak ada siapa boleh jangka.
Aktiviti seterusnya naik bot ke Pulau Samosir,pulau di tengah-tengah danau.dengar citer pernah bot karam di tasik ini masa pesta di Danau Toba.
Sampai ke pulau,2 jam gak lah atas bot.
Masa nak bertolak

Kami ke tempat yang bernama Tomok,kalu nak beli barang,ole-ole ke jagan beli kat pulau ye,kalau manis mulut pandai cakap bahasa Indo nak tawar harga boleh lah beli.Jangan cakap KL ok!
Bukan Tomok Newboys



Patung Menari Sigale-gale.Tak sempat nak tengok tarian batak

Kat Pulau Samosir ni banyak lagi tempat yang anda lawati sebenarnya,kat sini ramainya etnik Batak,bukan yang makan orang ye.Selesai je jalan-jalan kat Tomok dan kawasan sekitar Pulau Samosir ni kami terus makan dan bersiap nak balik ke daratan dan bertolak balik ke rumah.

Hari keempat lepak di rumah dan jalan-jalan kat kawasan rumah kawan punya keluarga ni je lah.Malam makan kat warong lepak sampai tengah malam,esok dah nak balik dah.Best jalan kat Indo boleh makan bakso dan ayam penyet yang pure from the sources,haha
Kuala Namu International Airport,airport baru kalau nak ke Medan.

Hari kelima balik.Sebelum balik pergi beli kek Bika Ambon wat balik,sedap kek tu!Overall Indonesia is still the place that is berbaloi kalau nak pergi travel,cuurency factor plays an important role.One more thing,bahasa Indo ni lembut bangat and they love Siti Nurhaliza.Indonesia,got traffic but still fantastic!
Rase nak makan kek bika ambon ni lah!